Melihat permintaan terhadap hasil laut terutama ikan bilis dari Sabah yang mendapat sambutan luar biasa, ia mencetuskan idea untuk Bujang @ Norliza Kusung, 48, mengusahakan perniagaan itu.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia kemudiannya membuat pinjaman modal memulakan perniagaan Haiinnisa Enterprise dengan AIM.
“Saya memulakan perniagaan ini sekitar 2004 dan dengan modal pinjaman saya dapat membeli bot nelayan bagi mendapatkan hasil laut dan ikan bilis segar.
“Perusahaan ikan bilis dan ikan masin saya mulakan secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di hadapan rumah.
“Kebetulan kedudukan rumah yang berada di tepi jalan utama dari Kota Marudu ke Pitas membuatkan jualan ikan bilis dan ikan masin mendapat perhatian pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, setiap hari hampir 100 kilogram (kg) ikan bilis dihasilkan dan ia dijual pada harga serendah RM30 satu kilogram mengikut gred.
Untuk tempahan boleh hubungi talian 011-40597615. – UTUSAN ONLINE