Pengundi Sarawak mula keluar tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

Pengundi Sarawak mula keluar tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Cuaca cerah di kebanyakan kawasan di sini membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Padungan, Batu Lintang, Batu Kawah dan Pending mendapati rata-rata pengundi sudah mula berada di pusat mengundi masing-masing seawal 7.30 pagi tadi.

Mereka mempunyai tempoh masa mengundi kira-kira 10 jam yang akan berakhir hingga pukul 5 petang ini.

Pengundi sudah mula mengundi seawal pukul 7.30 pagi tadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 hari ini.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran dibuka di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dibantu 46,565 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kebanyakkan kawasan di Sarawak mengalami cuaca cerah pagi ini.

Bagaimanapun, ribut petir diramal berlaku di beberapa kawasan menjelang petang selain hujan dijangka berlaku pada sebelah malam.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya