Sebelum ini, sektor bekalan bahan binaan yang dimonopoli lelaki, namun keadaan hari ini berbeza.
Perkara itu dibuktikan oleh anak kelahiran Kelantan, Nor Naili Hazera Mohamad Nawi, 33, apabila mampu menubuhkan syarikat, Nelly Resources pada 2011.
“Kebetulan saya memiliki asas dalam bidang kejuruteraan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam. Apabila tamat pengajian, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri.
“Pada 2011, saya mengambil lesen kontraktor dan memasuki tender kerajaan dan binaan rumah sehinggalah berjaya bahkan memiliki perniagaan lain termasuk kosmetik dan katering,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, kelainan diusahakan olehnya adalah dengan menjual semua keperluan binaan di bawah satu bumbung.
“Perniagaan lain turut diusahakan adalah perkhidmatan sewa jentera, kontraktor binaan, kedai makan dan solekan menerusi I’m Makeup Artist.
“Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook, Nelly Hazira dan Instagram, Nelly Hazira atau hubungi talian 013-2232788,” katanya. – UTUSAN ONLINE