Mydin halalkan barang diambil oleh mereka yang pecah masuk ke pasar rayanya di Sri Muda - Utusan Malaysia

Mydin halalkan barang diambil oleh mereka yang pecah masuk ke pasar rayanya di Sri Muda

AMEER ALI MYDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mydin Holdings (M) Bhd menghalalkan perbuatan memecah masuk dan mengambil barangan di dalam Mydin Mart cawangan Sri Muda, Shah Alam atas alasan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan darurat.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, beliau amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19. 

Katanya, cawangan yang dipecah masuk itu turut musnah akibat banjir dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup. 

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya. 

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa. Terima Kasih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, mangsa banjir di kawasan tersebut terpaksa memecah masuk ke pasar raya berhampiran selepas mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya