Mulakan perniagaan dengan modal RM100 - Utusan Malaysia

Mulakan perniagaan dengan modal RM100

Zuraimi Ab. Manaf menunjukkan tepung ayam goreng berempah yang dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermodalkan RM100, Zuraimi Ab. Manaf, 40, memberanikan diri untuk menghasilkan Tepung Ayam Goreng Berempah di bawah syarikat MGBR Enterprise.

Jelas Sahabat AIM itu, produk Tepung Ayam Goreng Berempah itu didatangkan dalam pelbagai  rasa termasuk original, pedas dan lada hitam.

“Aroma luar biasa dengan menggunakan kepelbagaian rempah ratus disatukan dalam setiap bungkusan.  

“Tepung ini  dijual pada harga RM2.50 hingga RM10 mengikut berat antara 100 gram (g) hingga satu kilogram (kg),” katanya. 

Menurut Zuraimi, dia dalam perancangan mengeluarkan variasi baharu serbuk daun kesum yang lebih memikat selera pelanggan.

“Penghasilan tepung ayam goreng berempah anggaran minimum 250kg sebulan. 

“Untuk tempahan boleh hubungi 019 701 6947 atau kunjungi Facebook, Miemy Sofea, MGBR Enterprise dan Produk Z’Ghulam dan Instagram ,miemyzghulam dan miemyzghulam2019,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya