MR DIY menang anugerah Frost & Sullivan - Utusan Malaysia

MR DIY menang anugerah Frost & Sullivan

MR D.I.Y rangkul anugerah Syarikat Peruncitan Naik Taraf Rumah Malaysia 2021 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR DIY Group (M) Berhad sekali lagi diiktiraf firma penyelidikan dan penasihat pertumbuhan terkemuka dunia, Frost & Sullivan apabila merangkul anugerah Syarikat Peruncitan Naik Taraf Rumah Malaysia 2021 baru-baru ini.

Anugerah itu diterima selepas syarikat itu memenangi Anugerah Kepimpinan Pasaran Frost & Sullivan tahun lalu.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, anugerah itu didedikasikan kepada 12,000 pekerjanya di seluruh negara yang berusaha keras melunaskan janji syarikat itu untuk terus menawarkan harga rendah kepada pelanggan.

“Kami akan terus menyokong dan memenuhi keperluan komuniti kami di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Menurut MR DIY, Frost & Sullivan dalam petikan penilaiannya berkata, syarikat itu terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran tanpa cabaran dalam pasaran yang sangat terpecah.

Katanya, pada 2021, MR DIY merupakan satu-satunya pemain rantaian yang agak besar di Malaysia yang wujud di seluruh negara dan dengan jumlah kedai runcit yang semakin bertambah, semuanya diuruskan melalui operasi dalaman.

“Prestasi kewangan positif syarikat itu, walaupun ketika pandemik Covid-19 memuncak, membuktikan ketahanannya untuk menghadapi impak ekonomi luaran yang negatif, hasil tawarannya kepada pengguna, skalanya dan kecekapan operasinya.

“Tambahan lagi, diskaun yang ditawarkan untuk barangan rumah berjenama dan barangan laku menyerlahkan usaha berterusan syarikat untuk terus relevan, menyokong keperluan rakyat Malaysia dan setia dengan cogan katanya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya