Mohamad Nazri dilantik Ketua Polis Daerah Kampar

Mohamad Nazri dilantik Ketua Polis Daerah Kampar

MIOR Faridalathrash Wahid (kanan) memakaikan pangkat kepada Mohamad Nazri Daud pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar di IPD Kampar, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Superintenden Mohamad Nazri Daud secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kampar yang baharu berkuat kuasa hari ini. 

Mohamad Nazri, 47, sebelum ini bertugas di Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (D3) (MAPO/Hubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau menggantikan Superintenden Hasron Nazri Hashim yang bertukar ke Seksyen Pelaksanaan dan Pemantauan Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid. 

Turut diadakan majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kampar antara Norazlina Ya’acob dengan Tengku Azlawati Tengku Muda dengan disaksikan Pengerusi Perkep negeri, Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya