PETALING JAYA: Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh UMNO dan Pas pada September 2019 semakin menuju ke penghujung jalan apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara jelas menolak gagasan itu. Dalam satu majlis di Selama, Perak, semalam, Abdul Hadi mendakwa keengganan UMNO mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk menjadi punca Pas terpaksa menarik diri. Berdasarkan piagam MN, kata Abdul Hadi, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun apabila sampai peringkat pelaksanaan, kepemimpinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya