REMBAU : Seramai 11 sekeluarga termasuk seorang warga emas berusia 86 tahun di Kampung Sungai Timun, di sini, terpaksa tidur berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit awal pagi Sabtu lalu apabila rumah mereka ditenggelami banjir hampir dua meter. Pesara tentera, Omar Aziz, 51, berkata, kejadian berlaku begitu pantas kira-kira 12 tengah malam dan dia sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke jalan raya berdekatan rumah yang terletak di kawasan lebih tinggi. Menurutnya, pasukan penyelamat sukar sampai ke perkampungannya memandangkan laluan utama ditenggelami banjir serta tidak selamat untuk dilalui kecuali menggunakan bot. “Dengan keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya