Mangsa banjir jalani saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di PPS - Utusan Malaysia

Mangsa banjir jalani saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di PPS

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan ke atas semua mangsa banjir sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara

(PPS) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, usaha ini bagi mengelakkan wujudnya kluster Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.

Katanya, mangsa banjir yang bergejala, berisiko atau positif akan diasingkan bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada mangsa banjir yang lain.

“Bagi kes positif akan diisolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC), PPS khas atau dirujuk hospital mengikut keperluan.

“Mereka yang dikategorikan kontak rapat atau Pesakit Di bawah Pengawasan (PUS) akan dikuarantin di PPS Khas atau PPS yang sama tetapi di blok
lain manakala mangsa banjir yang bergejala tetapi ujian saringan adalah negatif juga akan dikuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, semua mangsa banjir atau orang ramai perlu memainkan peranan dan hendaklah sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan-arahan pihak berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa.

Katanya, maklumkan status risiko Covid-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif atau dikenal pasti sebagai kontak rapat atau bergejala agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.

“Sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS serta elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir.

“Bagi golongan berisiko tinggi seperti wanita mengandung, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan pesakit hemodialisis yang memerlukan rawatan berkala, perancangan perlu dibuat termasuk menyediakan bekalan ubat untuk berpindah lebih awal supaya tidak terputus rawatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, dua buah klinik kesihatan (KK) di Selangor iaitu KK Pelabuhan Klang dan KK Pulau Indah terjejas akibat banjir dan tidak dapat beroperasi susulan kejadian banjir melanda enam buah negeri di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor sejak semalam.

“Sekiranya klinik-klinik kesihatan tersebut masih tidak dapat beroperasi pada hari Isnin ini, pihak KKM akan memaklumkan klinik alternatif yang berhampiran bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat
setempat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya