Mangsa banjir boleh lapor secara manual di PPS, kawasan terjejas - Utusan Malaysia

Mangsa banjir boleh lapor secara manual di PPS, kawasan terjejas

PASAR raya Mydin di Seksyen 25 Shah Alam yang dinaiki air dalam banjir di Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan anggota mereka di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kawasan-kawasan terjejas akibat banjir untuk membantu mangsa membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) terlibat untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas membuat laporan polis secara manual.

Kata beliau, mengambil maklum masalah yang dihadapi, mangsa terlibat juga boleh meminta bantuan mana-mana anggota polis peronda di kawasan mereka membantu membuat laporan.

“Laporan polis boleh dibuat secara dalam talian namun sistem itu terkesan akibat bencana banjir ini. 

“Justeru, arahan telah diberi kepada KPD bagi menurunkan anggota mereka di PPS dan kawasan perumahan bagi ambil laporan secara manual,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani setakat ini memberitahu, sebanyak tujuh laporan polis telah diterima pihaknya berhubung kes pecah premis termasuk kilang, kedai-kedai menjual makanan dan keperluan harian. 

Ujar Acryl Sani, sebanyak kes pecah premis dilaporkan di Shah Alam, Klang Utara (dua kes) dan Klang Selatan (satu kes).

“Kita lihat ada segelintir masyarakat terdesak menggunakan alasan bekalan makanan terputus.

“Sedangkan di PPS bekalan makanan dan keperluan adalah mencukupi dan mereka boleh ambil makanan ikut keperluan masing-masing tidak kira warganegara atau tidak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Acryl Sani menambah, setiap laporan yang diterima telah pun disiasat dan tangkapan telah dibuat. 

“Sebanyak 30 pasukan Op Cantas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melibatkan 120 pegawai dan anggota akan ditempatkan di semua lokasi bagi mengekang kejadian sedemikian berulang,” katanya.

Terdahulu, rata-rata mangsa banjir dalam media sosial memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyediakan kemudahan untuk membuat laporan secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda yang dialami akibat banjir.

Gesaan itu juga dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar kerana tindakan ini perlu diambil segera bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya