(LIPATAN SEJARAH) Kapal terbang MAS berkecai - Utusan Malaysia

(LIPATAN SEJARAH) Kapal terbang MAS berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 6 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tidak seorang pun yang terselamat dalam nahas kapal terbang MAS Boeing
737 di Kampung Tanjung Kupang, Johor Bharu. Kesemua 100 orang di dalam pesawat hancur berkecai dan tidak dapat dikenali.

Pesawat tersebut membawa 93 penumpang dan tujuh anak kapal adalah dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Singapura. Menteri
Pertanian, Datuk Sri Ali Haji Ahmad adalah antara penumpang penerbangan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

6 Disember 1968 – Serangan bom Israel ke bandar di Utara Jordan mengorbankan enam orang dan mencederakan 14 orang penduduknya.

6 Disember 1970 – Sebuah model Istana Sultan Mansor Shah berharga sekitar RM30,000 hingga RM40,000 akan dibina berhadapan dengan
Kota Melaka.

6 Disember 1972 – Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Mohamad Rahmat menyatakan bayaran peperiksaan SPM akan diturunkan
mulai tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya