Lima laluan sekitar Sepang ditutup akibat dinaiki air - Utusan Malaysia

Lima laluan sekitar Sepang ditutup akibat dinaiki air

SATU daripada kawasan yang ditutup laluannya akibat banjir di Sepang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Lima laluan di daerah ini terpaksa ditutup sementara untuk semua kenderaan selepas mula dinaiki air sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ia termasuk Jalan Labu lanjut – Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan – Bandar Baru Salak Tinggi dan Jalan Bukit Changgang – Bandar Baru Salak Tinggi.

Beliau berkata, laluan lain adalah Jalan Salak – Sepang (Pekan Salak Lama) dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid Kampung Ginching).

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa  Jalan Kota Warisan – Bandar Baru Salak Tinggi (jalan baru ke Mahkamah Sepang) turut dinaiki air tapi masih boleh dilalui kenderaan ringan.

“Laluan kontra dibuka di laluan itu memandangkan sebelah kiri jalan sahaja yang dinaiki air,” katanya.

Katanya, beberapa lokasi di daerah ini mula dinaiki air sejak petang semalam susulan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Langat melimpah.

Ia termasuk di Bandar Baru Salak Tinggi, Pekan Salak, Dengkil dan beberapa lokasi lain yang turut menjejaskan beberapa kawasan perumahan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya