PETALING JAYA: Lima kawasan sungai di Pahang menerima amaran status bahaya dan waspada bagi aras air sungai.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), lima kawasan tersebut adalah Jambatan Sg. Bera dan Water Front; kawasan Sg. Kundang Maran; kawasan Lubuk Pasu Temerloh; dan kawasan Kuala Karau, Temerloh.
“Empat kawasan tersebut menerima amaran aras air sungai bahaya.
“Manakala kawasan Paloh Hinai, Pekan menerima amaran aras waspada,” katanya.
NADMA menasihati agar penduduk bersiap sedia dan sentiasa waspada dan peka dengan amaran dikeluarkan oleh NADMA.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi NADMA dan melayari laman media sosial NADMA untuk maklumat terkini. – UTUSAN ONLINE