Lembaga Jurukur Tanah Malaysia sumbang RM1 juta pada MAIPs - Utusan Malaysia

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia sumbang RM1 juta pada MAIPs

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (dua dari kiri) menerima sumbangan zakat oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia berjumlah RM1 juta kepada MAIPs di Masjid Ibnu Tamiyah, Tambun Tulang, Arau, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Lembaga Jurukur Tanah Malaysia menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis di Masjid Ibnu Tamiyah, Tambun Tulang di sini, semalam.

Penyerahan tersebut dipersembahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Sohaime Rasidi kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri, Muhammad Husaini Ya’acob.

Sementara itu, lembaga tersebut turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada lima buah keluarga asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut yang masing-masing menerima RM500 serta hamper berisi makanan mentah bernilai RM150.

Pada majlis sama, Sohaime memaklumkan mengenai penerbitan Atlas Kebangsaan Malaysia yang merupakan suatu kompilasi peta yang menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif dan sesuai untuk menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan pelancongan.

Sementara itu, Mohd Nazim menzahirkan penghargaan kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia atas sumbangan zakat yang telah disalurkan itu.

“Saya menyeru semua pihak sama ada korporat atau individu dapat menggunakan kesempatan di penghujung tahun ini bagi menunaikan kewajipan zakat masing-masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya