Labur RM328,000 buka ladang ternakan lembu - Utusan Malaysia

Labur RM328,000 buka ladang ternakan lembu

Noornizal Ayub memeriksa lembu-lembu yang diternaknya di Lenggong Valley Farm, Teluk Intan, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada awalnya, Noornizal Ayub, 49, hanya memulakan ternakan lembu secara kecil-kecilan kerana tidak mahu membiarkan kandang lembu milik keluarganya terbiar usang. 

Akui pengusaha Lenggong Valley Farm Sdn. Bhd. di Teluk Intan, Perak itu, dia mengambil langkah berani dengan mengeluarkan modal lebih RM328,000 untuk memulakan usaha itu.

“Saya mula menternak 100 lembu sekitar empat tahun lalu dari baka limosin yang dipilih sendiri dari Thailand. 

“Ladang ini turut menternak kerbau dan kambing. 

“Ternakan menggunakan kaedah fidlot atau menggemukkan bagi memastikan kualiti daging,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat AIM itu, dia menjual ternakan itu kepada pembeli dengan menjalankan urus niaga di kandang berkenaan menggunakan konsep jumlah penambahan berat ternakan.

Untuk tempahan, boleh hubungi 012-512 0595. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya