PETALING JAYA : Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir setelah air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berada pada paras bahaya melimpah.
Antara kawasan terlibat adalah Masjid Jamek dan Kampung Baru.
Menurut laporan terkini di laman web InfoBanjir, Sungai Batu, Sentul pada tahap amaran dan Sungai Klang, Leboh Pasar dan Sungai Gombak, di Jalan Parlimen pada paras berjaga-jaga.
Sebanyak 16 sungai di Selangor berada pada paras bahaya (merah), dua sungai pada tahap amaran manakala enam lagi pada paras berjaga-jaga, setakat ini. -UTUSAN ONLINE