Kru tongkang terbakar maut  - Utusan Malaysia

Kru tongkang terbakar maut 

YASER Abdullah ketika diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebuah tongkang di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld, Georgetown pagi ini sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pekerja disahkan maut dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah tongkang  di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld di sini pagi ini. 

Mangsa, Yaser Abdullah, 60, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira sejam selepas kejadian pukul 10.45 pagi itu. 

Dalam kebakaran tersebut, lima lagi kru tongkang yang masing-masing berusia antara 35 hingga 72 tahun dilaporkan turut mengalami kecederaan melecur pada bahagian tangan. 

Mereka ialah Lee Hock Kheng; Mohd. Din Awang Senik; Yeap Yu Poo; Lee Eng Hock; dan Mohd. Bukri Rahim. 

Sebelum kejadian berlaku, kesemua mereka dikatakan sedang membaiki tongkang berkenaan apabila tiba-tiba berlaku letupan. 

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohamad Yahaya Murad berkata, mangsa yang maut sebelum itu telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya