Khasiat susu kambing Wan Abah - Utusan Malaysia

Khasiat susu kambing Wan Abah

Norhayati Mat Saman, menunjukkan produk Wan Abah yang diketengahkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penghasilan produk tradisional, Norhayati Mat Saman, 47, menggunakan khasiat susu kambing bagi menghasilkan produk krim susu kambing.

Menerusi jenama Wan Abah, Norhayati bersama suaminya, Jusoh Idris, 57, giat memperkenalkan produk dihasilkan menerusi syarikat miliknya, TJ Jaya Teguh Enterprise. 

“Kelebihan krim susu kambing ni adalah manfaatnya yang dapat membantu mengurangkan masalah  kembung perut, kegatalan pada kulit. 

“Sementara itu, saya turut ketengahkan herba terapi resdung menggunakan formulasi tradisional bagi mengurangkan masalah resdung yang dialami pelanggan,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini. 

Norhayati yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, produk Wan Abah diusahakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan bahkan diedarkan syarikat penghasilan perubatan.  

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 013-444 9448 dan 012-439 1578 atau kunjungi Facebook, Norhayati. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya