SHAH ALAM: Lebuhraya Persekutuan di sepanjang laluan dari Shah Alam menghala ke Petaling Jaya dilaporkan sesak teruk akibat terdapat limpahan air Sungai Damansara berhampiran susur masuk ke Batu Tiga di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di lebuh raya berkenaan menerusi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) hari ini mendapati, kesesakan lebih lima kilometer apabila kesemua kenderaan dilihat tidak bergerak langsung.
Keadaan dilihat lebih sesak selepas susuk masuk ke stesen minyak lebuh raya berkenaan di Seksyen 13 berhampiran pusat beli belah Aeon Big apabila kesemua kenderaan terperangkap, namun ada sebahagiannya cuba keluar melalui jalan keluar di Persiaran Akuatik.
Sehingga kini beberapa laluan utama di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Setia Alam, Jalan Meru di Bandar Baharu Bukit Raja dan kawasan-kawasan utama sekitar Klang dan Shah Alam dibanjiri limpahan air selepas hujan lebat sejak semalam. -UTUSAN ONLINE