Bidang pemasangan dan pembersihan wayar elektrik adalah bidang yang luar biasa untuk wanita ceburi, namun Mathilda Nain, 53, membuktikan ia sebaliknya.
Lebih 15 tahun menguruskan perniagaan, pemilik syarikat DD Enterprise itu mengakui banyak cabaran perlu diatasi sepanjang pembabitannya.
“Saya mula dengan mengambil lesen kontraktor kira-kira 10 tahun lalu kerana ingin mencabar diri.
“Bidang ini memerlukan saya sentiasa berada di kawasan lapangan yang berisiko tinggi, namun kerana minat saya bertahan.
“Selain itu, kestabilan emosi dalam bidang yang sering dimonopoli oleh lelaki juga penting,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, dia turut menguruskan kebun kelapa sawit yang dimilikinya sebelum mengusahakan syarikat DD Enterprise.
Untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh Mathilda, beliau boleh dihubungi 013-8708773. – UTUSAN