`Kemewahan’ Kambing Perap King 3 Rasa - Utusan Malaysia

`Kemewahan’ Kambing Perap King 3 Rasa

1) Rohaya Ali bersama produk Kambing Perap King 3 Rasa yang dihasilkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermula dengan perniagaan kambing golek, kini Rohaya Ali, 36, menggembangkan perniagaan dengan menghasilkan Kambing Perap King 3 Rasa yang mewah dengan rasa 21 jenis ramuan rahsia.

Kata Sahabat AIM itu, perniagaan kambing golek pada awalnya dimulakan oleh suaminya, Harizal Kadri, 42, namun, pada 2018 mereka berganding bahu untuk menghasilkan produk Kambing Perap King 3 Rasa.

“Sungguh tidak kami jangka, produk ini mendapat sambutan tinggi dalam kalangan penggemar kambing kerana kepuasan rasa, selain ia juga mudah untuk disediakan sendiri oleh pelanggan.

“Kambing Perap King 3 Rasa dijual pada harga RM35 untuk 500 gram (g) dan kambing golek pula RM1,300 seekor, bergantung pada harga semasa ,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, Kambing Perap King 3 Rasa juga ditawarkan bersama sos lada hitam ala Mongol dan diolah rasanya mengikut selera tempatan yang gemarkan gabungan rasa pedas dan manis.

“Setiap minggu, lebih 20 kilogram daging kambing akan diperap untuk diedarkan kepada ejen dan beberapa stesen minyak di sekitar Jengka, Pahang selain tempahan secara atas talian,” katanya.

Untuk tempahan, hubungi 017- 9852243 atau kunjungi Instagram ejay_kambing_golek_king dan Facebook Kambing Golek KING 3RASA Jerantut, Kambing Perap King 3 Rasa dan Ejay Kambing Golek King. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya