Menggunakan manfaat khasiat bahan semula jadi, Suhafiza Johari, 34, memperkenalkan kapsul jamu dibawah jenama Jamu Terlajak Ketat (JTK) bagi wanita yang mahu mengembalikan kesegaran tubuh.
“Jamu ini menggabungkan ramuan tradisional daripada bahan asas semula jadi yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan dalaman wanita.
“Produk itu bukan saja mampu menyerlahkan kecantikan malah turut berfungsi sebagai jamu untuk kesihatan kerana menggunakan 100 peratus bahan semula jadi,” katanya, ketika dihubungi, di sini, baru-baru ini.
Kata Suhafiza yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), jamu JTK didatangkan dalam bentuk tablet bagi memudahkan pengambilannya.
“Jamu JDT juga ditawarkan serendah RM30 untuk sebulan pengambilan.
“Untuk tempahan boleh hubungi 012-411 3642 atau kunjungi Facebook dan Instagram Suhafiza Johari,” katanya. – UTUSAN