Kekuatan pasukan, aset bomba Selangor tumpu ke Shah Alam - Utusan Malaysia

Kekuatan pasukan, aset bomba Selangor tumpu ke Shah Alam

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hampir keseluruhan aset dan kekuatan Jabatan Bomba dan Penyelamat  dikerahkan ke Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini berikutan menjadi lokasi bencana banjir terburuk di daerah Petaling.

Kerahan itu melibatkan 70 anggota dengan 41 bot bagi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di 4,400 buah rumah di sekitar Seksyen 25.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata, sebanyak 1,800 anggota bomba dikerahkan ke seluruh Selangor, namun, di Seksyen 25 pelbagai agensi turut bersama dengan kekuatan keseluruhan 321 anggota.

“Cuma, saya beri bagi pihak bomba dan bersama pihak lain. Bomba di sini ada 70  anggota untuk di sini sahaja kalau di seluruh Selangor ada 1,800.

“Angkatan Tentera Malaysia dengan 131 anggota, Tentera Laut Diraja Malaysia (11), Polis Diraja Malaysia (6), Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (20), Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) (10).

“Turut turun padang, pertubuhan bukan kerajaan (24), CRSM (15), Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (6) dan Kementerian Kesihatan (5) menjadikan hampir keseluruhannya anggota sekitar 321 yang mutakhir.

“Wilayah Persekutuan juga turut turun membantu dan juga bomba sukarela. Ini adalah maklumat awal. Tetapi kita bergerak secara bersepadu bersama dengan agensi yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau terdahulu bersama Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim dan Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis melawat situasi di Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB), Operasi Banjir Sri Muda.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan hujan lebat selama lebih 36 jam di seluruh negeri menyebabkan beberapa kawasan di lapan daerah di Selangor dilanda banjir, malah, di Seksyen 25 paras air dilapor naik sehingga menyebabkan hampir keseluruhan perumahan di sini tenggelam.

Dalam pada itu, Reezal Merican memaklumkan terdapat beberapa mangsa dilapor enggan berpindah walaupun rumah mereka dinaiki air, sebaliknya mengharapkan bantuan makanan daripada pasukan penyelamat yang datang.

“Tetapi, memang ada yang tak mahu datang ke pusat pemindahan sementara (PPS),  sebaliknya hendak tinggal di rumah sebab hujan tidak turun lagi, air hanya sekadar termenung dan mereka boleh tinggal di tingkat atas rumah (rumah dua tingkat).

“Sebaliknya mereka hendak makanan, jadi, hari ini pun saya sudah minta operasi terbaru, bomba pun akan dibekalkan dengan makanan supaya dalam soal menyelamat, mereka sudah 12 jam tak makan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya