Keistimewaan popiah berinti serunding ikan tuna - Utusan Malaysia

Keistimewaan popiah berinti serunding ikan tuna

Jariah Aripin memperkenalkan popiah mini berinti serunding ikan tuna pelbagai perisa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahu meluaskan pasaran hasil laut Labuan, Sabah, Jariah Aripin, 52, mengambil langkah kreatif dengan menghasilkan popiah mini berinti serunding ikan tuna yang banyak diperoleh dari kawasan itu.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, perusahaan makanan kering itu dimulakan secara kecil-kecilan di rumah sejak 2018.

“Saya mula dengan memperkenalkan serunding ikan tuna dan diproses dengan bantuan keluarga.

“Hasil sokongan keluarga, Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan AIM, saya mampu mendirikan bengkel untuk memproses makanan kering menggunakan hasil laut tempatan.

“Selain popiah mini berinti serunding ikan tuna, saya kekal memperkenalkan keunikan serunding ikan tuna untuk diedarkan ke pasaran yang lebih luas,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, dianggarkan sebanyak 500 hingga 1,000 paket dihasilkan dalam pelbagai perisa antaranya popiah serunding ikan tuna original disalut bijan, keju, madu, dan pedas yang masing-masing memberikan keunikan rasa.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook, Chieqa CheiqaEnterprise dan hubungi 016-2656271. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya