Kedah lulus cuti peristiwa Thaipusam - Utusan Malaysia

Kedah lulus cuti peristiwa Thaipusam

MUHHAMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kerajaan Kedah meluluskan cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di negeri ini yang bakal disambut pada 18 Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan itu diharap dapat menghadirkan kegembiraan kepada semua pihak yang menyambut perayaan tersebut.

“Cuti peristiwa ini bukan diberikan secara automatik setiap tahun, sebaliknya perlu dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco setiap kali tibanya satu-satu peristiwa.

“Hari ini kita telah putuskan dalam mesyuarat Exco untuk meluluskan cuti peristiwa tersebut dan harapnya keputusan ini akan beri kegembiraan kepada penganut Hindu yang menyambut Thaipusam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Empangan Sabo Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di Pusat Bekalan Titi Hayun di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Isu cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam di Kedah hangat diperdebatkan pada awal tahun ini apabila kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan tersebut pada 28 Januari lalu.

Pada waktu itu, Muhammad Sanusi menegaskan keputusan kerajaan negeri tersebut bukan bertujuan menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, keputusan kerajaan negeri untuk mengumumkan cuti peristiwa tersebut perlu dipatuhi oleh semua pihak yang tertakluk dengan akta berkaitan.

“Mana-mana pihak yang terikat dengan Akta Cuti Peristiwa perlu patuh dengan keputusan ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya