Kaki pancing di Jambatan P. Pinang cemas laut bergelora  - Utusan Malaysia

Kaki pancing di Jambatan P. Pinang cemas laut bergelora 

SEKUMPULAN tiga kaki pancing di tiang bawah Jambatan Pulau Pinang berdepan detik cemas hampir sejam apabila terpaksa meredah laut bergelora dan angin kuat ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Batu Uban malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sekumpulan tiga kaki pancing di tiang bawah Jambatan Pulau Pinang di sini berdepan detik cemas hampir sejam apabila terpaksa meredah laut bergelora dan angin kuat ketika dalam perjalanan pulang ke jeti Batu Uban malam tadi. 

Seorang pemandu bot pancing, Sobri Karim, 36, berkata, dia mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba ke jeti yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tiang tersebut. 

Katanya, kejadian laut bergelora dan angin kuat berlaku kira-kira pukul 7.30 malam sebaik sahaja bot pancing yang dipandu seorang diri itu tiba di perairan tengah jambatan. 

“Saya terpaksa meneruskan perjalanan secara perlahan-lahan untuk mengambil tiga pelanggan tersebut yang ketika itu berada di tiang tengah. 

“Mereka dikatakan pertama kali datang memancing di situ dan ketika itu, tiada sebuah bot pun di lokasi berhampiran bawah jambatan berkenaan. Memang keadaan agak cemas, namun, saya tetap teruskan pemanduan biarpun secara perlahan,” katanya di sini hari ini. 

Kejadian laut bergelora dan angin kuat dilaporkan berlaku di perairan negeri ini bermula waktu petang hingga malam sejak dua minggu lalu. 

Terdahulu, Sobri  sempat merakam video kejadian laut bergelora dan angin kuat dekat Jambatan Pulau Pinang itu menerusi status WhatsAppnya sehingga mendapat tontonan lebih ratusan kenalan termasuk pelanggan bot. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya