JIM buru tiga wanita warga Indonesia - Utusan Malaysia

JIM buru tiga wanita warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini mengesan tiga wanita warganegara Indonesia bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

JIM menerusi kenyataan hari ini berkata, mereka dikenali sebagai Ginati Putri, 26; Supriyanti, 25 dan Mia Sri Anjani, 26 yang dikehendaki bagi kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Wan Mazlyna Che Mat di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Putrajaya.

“Wan Mazlyna boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya