Jakim sedia jengkaut dan lori bantu selesai masalah lambakan sampah banjir - Utusan Malaysia

Jakim sedia jengkaut dan lori bantu selesai masalah lambakan sampah banjir

IDRIS Ahmad (duduk, dua dari kiri) melawat dan melihat keadaan mangsa banjir sekali gus menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada kira-kira 350 buah keluarga yang ditempatkan di PPS SK Desa Bakti di Mentakab, Temerloh, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak menyediakan jengkaut dan lori dalam usaha membantu kawasan yang terjejas banjir di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, penyediaan kenderaan tersebut bagi membantu menyelesaikan masalah sampah akibat banjir.

Menurutnya, pihaknya akan menguruskan secepat mungkin bagi mengelakkan berlakunya lambakan sampah bagi kawasan-kawasan tersebut.

“Kita (kerajaan) mohon pihak Jakim untuk menyewa jengkaut dan lori untuk mengangkut barang-barang sampah yang barada di kawasan banjir

“Jika ada hari ini.. hari ini kita akan sewa bergantung kepada pembekal. Kalau dapat, kita akan jalan terus dan saya arahkan berkuat kuasa terus serta secepat mungkin, bukan sahaja di Pahang, tetapi termasuk di Selangor.

“Sekarang, memang tidak cukup, memang sesetengah tempat majlis daerah ada bantu, tetapi, sebab banyak tempat terdapat longgokan sampah jadi kita perlu tampil membantu selain menyalurkan bantuan lain,” katanya ketika ditemui pemberita ketika lawatan dan serahan bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, Mentakab di sini hari ini.

Sebanyak 14 buah agensi di bawah seliaan Jakim berjaya mengutip dana RM6.6 juta untuk membantu mangsa banjir secara keseluruhannya termasuk dalam penyediaan barangan keperluan, makanan dan pelbagai perkhidmatan lain. 

Mengulas lanjut, Idris berkata, usaha lain turut dilakukan ketika pasca banjir ini  dengan mengumpul naskah al-Quran yang rosak dan terjejas banjir.

“Kita akan kumpul dan bantu untuk pergi ke tempat pelupusan untuk melupuskannya yang akan diseliakan di bawah satu lagi agensi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya