Hujan berterusan di seluruh negara, rakyat diminta berwaspada - Utusan Malaysia

Hujan berterusan di seluruh negara, rakyat diminta berwaspada

Dua kanak-kanak di Kampung Sri Damai, Kuantan seronok bermain air di kawasan rumah mereka yang dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sepanjang hari semalam. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, amaran buruk dikeluarkan membabitkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Selain itu, tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sehingga kini, sebanyak 1,766 orang daripada 428 keluarga menjadi mangsa banjir setakat pukul 8 pagi manakala sebanyak 46 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 12 daerah telah buka bagi menempatan mangsa banjir. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya