Isteri, dua anak MB Selangor positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Isteri, dua anak MB Selangor positif Covid-19

MASDIANA Muhamad (kanan, belakang) dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjalani ujian PCR Covid-19 bagaimanapun disahkan negatif.

Amirudin dalam kenyataan akhbarnya berkata, beliau bagaimanapun akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu PCR kedua pada Khamis nanti.

“Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya, Masdiana Muhamad dan dua anak telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin, 13 Disember.

“Alhamdulillah, melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya.

Beliau memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memohon semua pihak agar mendoakan kesihatannya sekeluarga.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan ini dan mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Program terakhir dihadiri Amirudin adalah Majlis Penyerahan Cek bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Selangor di Batu Caves, Gombak pada 11 Disember lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya