Hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak - Utusan Malaysia

Hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak

ANGGOTA tentera menggunakan bot bagi menghantar bantuan kepada penduduk Kampung Bemban di Negeri Sembilan berikutan jambatan besi yang menghubungkan kampung tersebut musnah akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan, hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak  dalam tempoh 26 hingga 30 Disember 2021.

Menurut ciapan MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung. 

“Selain itu, amaran baharu ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pahang, Johor dan Sabah. Di negeri Pahang; Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin dan di negeri Johor, kawasan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. 

“Di negeri Sabah, kawasan pedalaman (Beaufort dan Tambunan), pantai barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, tiada gelombang kedua banjir dijangkakan berlaku pada masa terdekat ekoran ramalan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah.

Jabatan MetMalaysia menasihatkan orang ramai yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan tersebut selain sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran-amaran dan maklumat terkini dikeluarkan.   

Sebarang maklumat lanjut dan amaran-amaran terkini, boleh melayari laman web rasmi Jabatan (www.met.gov.my), aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia (Facebook, twitter, instagram dan youtube MET TV) serta menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan cuaca. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya