Hasilkan 16 tan arang kayu sebulan - Utusan Malaysia

Hasilkan 16 tan arang kayu sebulan

Pengusaha arang kayu, Hasshilawati Hashim, masih bertahan mengetengahkan bahan mentah itu ke pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biarpun penggunaan arang kayu terdapat di setiap rumah seperti zaman dahulu, namun ia masih diperlukan dalam kalangan perniagaan seperti membakar sate dan sebagainya.

Pengusaha arang kayu, Hasshilawati Hashim, 44, berkata, permintaan terhadap arang kayu masih tinggi dalam kalangan pengguna yang gemarkan kaedah penyediaan makanan secara tradisional.

Menjalankan perniagaan Man Illa Enterprise bersama suaminya, Osman Mat Sharif, 50, Hasshilawati berkata, perniagaan diusahakan sejak 2004 itu mampu menghasilkan kira-kira 16 tan arang kayu sebulan.

“Pemilihan kayu amat penting dalam penghasilan arang yang berkualiti tinggi agar dapat menghasilkan api mudah dihidupkan.

“Bagi proses membuat arang kayu secara tradisional dan menghasilkan produk yang baik, proses pembakarannya mengambil masa selama sebulan tanpa henti,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia mempunyai tiga gok atau pembakar arang untuk proses pembakaran kayu arang. 

“Arang kayu dijual dalam bungkusan hampir seberat tiga kilogram (kg) pada harga RM6. Untuk tempahan hubungi 014- 9026959,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya