Harga barang keperluan pulih 2 minggu lagi - Utusan Malaysia

Harga barang keperluan pulih 2 minggu lagi

NIK Muhammad Zawawi Salleh (dua dari kiri) cuba menghasilkan piza sendiri dalam program Jelajah Agropreneur Muda di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Harga barang keperluan asas yang kini dilaporkan melambung tinggi, dijangka kembali pulih seperti asal dalam tempoh dua minggu lagi.

Justeru, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh meminta rakyat bersabar seketika dalam menghadapi situasi ini. 

Kenaikan harga barang, katanya, berlaku di seluruh dunia akibat pandemik dan kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terus hidup terhimpit begitu sahaja.

“Bagi mengurangkan kos, kerajaan telah menyuntik subsidi bagi keperluan baja untuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM200 juta dan akan dinilai dari semasa ke semasa. 

“Selain itu, dalam masa terdekat, barang import yang akan masuk negara tidak lama lagi turut akan diberikan subsidi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke kedai piza yang diusahakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam program Jelajah Agropreneur Muda di Pasir Tumboh.

Dalam perkembangan yang sama, Zawawi berkata, selain baja, kerajaan bersetuju memberi subsidi kepada barangan asas lain termasuk makanan ayam dan racun perosak. 

Bercakap mengenai program Jelajah Agropreneur Muda, beliau berkata, geran sebanyak RM15 juta diperuntukkan kepada peserta yang layak di seluruh Malaysia. 

“Di Kelantan sahaja, seramai 69 peserta terlibat dengan peruntukan RM 1.37 juta. Setiap individu menerima geran bernilai RM20,000.

“Saya menyeru generasi muda supaya membuat permohonan dan insya-Allah kita akan pertimbangkan untuk bantuan untuk mereka memajukan peluang berniaga ke peringkat lebih baik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya