Hanya sembilan mangsa banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

Hanya sembilan mangsa banjir di Terengganu

BEBERAPA kanak-kanak dilihat sedang berada di beranda rumah sambil melihat air banjir yang sedang meningkat naik di Kampung Chalok Kedai hari ini. Hujan berterusan sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini mulai banjir.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 1 pagi ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Setiu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi kini adalah tiga termasuk di Kuala Nerus. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu terus menurun dan kini hanya sembilan yang masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 11 pagi ini, kesemua mangsa daripada tiga keluarga itu berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor.

Bagaimanapun, mereka dijangka pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini susulan banjir yang makin surut.

“Dua PPS iaitu di Surau Kampung Ban Ho di samping SK Bukit Mentok ditutup secara berperingkat mulai pukul 9 pagi ini dan bakal disusuli Dewan SK Lembah Jabor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya