Hanya 50 kes positif Covid-19 melibatkan kategori tiga ke atas - Utusan Malaysia

Hanya 50 kes positif Covid-19 melibatkan kategori tiga ke atas

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) merekodkan peningkatan melebihi 300 kes apabila mencatatkan 302 kes berbanding semalam, 297 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula terus kekal di bawah 200 kes apabila merekodkan 169 kes berbanding semalam, 169 kes.

Bagi kes positif katanya, ia menunjukkan peningkatan iaitu 2,897 kes berbanding semalam, 2,757 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 3,434 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 1.7 peratus bersamaan 50 kes daripada 2,897 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

“Bakinya, 2,847 kes bersamaan 98.3 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, empat kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,114 kluster. 

“Sebanyak 226 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,888 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 35 kes berbanding kelmarin, 19 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,368 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak enam daripada 35 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,334 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya