Guna aplikasi Adab@UMP tunai Kupon Food@Campus untuk manfaat pelajar - Utusan Malaysia

Guna aplikasi Adab@UMP tunai Kupon Food@Campus untuk manfaat pelajar

YUSERRIE Zainuddin (tengah) bersama pelajar selepas memperkenalkan Kupon Food@ Campus Keluarga Malaysia Keluarga UMP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seiring hasrat universiti ke arah kampus digital, penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal mengadaptasi kemudahan UMP Kasih iaitu Kupon Makan bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan makanan secara percuma di kafeteria kampus. 

Terdapat sembilan inisiatif atau kupon disediakan di bawah Food@Campus Keluarga Malaysia Keluarga UMP menerusi aplikasi Adab@UMP. 

Selain UMP Kasih adalah UMP Pek Kasih Sayang, UMP Campus Pantry, UMP Kuarantin, UMP : YAPEM, UMP Iftar, UMP Traveller, UMP Food For All dan UMP Bakul Prihatin Yayasan. 

Dijangka lebih 4,000 penuntut UMP akan menerima manfaat melalui program sumbangan Food@Campus Keluarga Malaysia Keluarga UMP hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula tahun depan.

Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, kemudahan tersebut menyasarkan penuntut dari golongan B40 dan kurang berkemampuan. 

Katanya, penuntut yang mempunyai masalah kewangan sehingga kesempitan atau ketiadaan wang untuk makan dengan alasan yang munasabah juga layak menerima kemudahan tersebut. 

“Agihan baucar ini melibatkan peruntukan berjumlah RM260,000 dengan lebih 56,000 kupon sebagai tanda keprihatinan universiti bagi mengurangkan beban pelajar universiti. 

“Ini terutamanya yang terkesan akibat pendemik Covid-19 dan mereka yang terjejas dengan musibah banjir baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Yayasan UMP turut menyediakan bantuan Khas Covid-19,  kemudahan pembelajaran seperti komputer riba dan pelan data internet untuk meringankan beban pelajar dalam meneruskan pengajian norma baharu. 

Cakna dengan kebajikan pelajar, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar turut menyediakan khidmat e-Kaunseling dan lain-lain bagi membantu pelajar agar tidak menjejaskan pengajian mereka. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya