Farah Rosley dilantik Ketua Cukai Malaysia EY - Utusan Malaysia

Farah Rosley dilantik Ketua Cukai Malaysia EY

FARAH ROSLEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penasihat dan pengurusan cukai, Ernst & Young Tax Consultants Sdn. Bhd. (EY) mengumumkan pelantikan Farah Rosley sebagai  Ketua Cukai Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Farah menggantikan Amarjeet Singh yang akan terus memberi tumpuan kepada peranannya sebagai Ketua Cukai Asean EY.

Menerusi peranan baharu ini, Farah akan mengetuai pasukan 550 profesional cukai di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan cukai kepada pelbagai pelanggan merentasi semua sektor industri utama dan segmen pasaran negara.

Rakan Kongsi Urusan Malaysia EY, Datuk Abdul Rauf Rashid berkata, pelantikan berkenaan membuktikan tumpuan pihaknya kepada kepelbagaian dan komitmen terhadap kepimpinan inklusif. 

“Seperti pemimpin wanita dalam EY yang lain termasuk Ketua Cukai EY Asia-Pasifik, Yeo Eng Ping, Farah membawakan perspektif unik dan mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam menyokong kepelbagaian dan keterangkuman,” katanya dalam kenyataan.

Farah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman profesional dalam bidang percukaian khususnya dalam menguruskan penglibatan cukai korporat dan bekerja dengan syarikat awam multinasional yang besar merentasi pelbagai sektor termasuk perkhidmatan, telekomunikasi, pembangunan hartanah, pembinaan dan pembuatan.

Dalam pada itu, Farah berkata, peranan baharu ini adalah peluang yang menarik dan berharap dapat membina kedudukan perkhidmatan cukai yang kukuh buat EY di sampung memimpin perniagaan dinamik ke tahap pertumbuhan seterusnya. 

“Dalam era transformatif ini, fungsi cukai mempunyai peranan strategik apabila perniagaan lebih berani mencuba model perniagaan yang kreatif untuk memacu kecekapan dan pertumbuhan yang mampan. 

“Perniagaan perlu memahami kesan perkembangan antarabangsa dan tempatan serta transformasi teknologi mengenai operasi perniagaan, rantaian bekalan dan struktur modal mereka. 

“Pakar Cukai EY kami di Malaysia dan seluruh rangkaian EY global berada pada kedudukan yang baik untuk membantu pelanggan mentakrifkan semula fungsi cukai mereka dan merangka strategi serta rancangan cukai bagi mencapai kejayaan perniagaan jangka panjang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya