Minat terhadap hidangan dim sum, pemilik Naim Dim Sum Frozen Food, Hasnah Ahmad Shah Azizi, 55, mencipta pelbagai jenis resepi inti dim sum dan tepung kulit dimsum.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia mengambil masa enam bulan untuk proses mencipta inti dan kulit dim sum yang halal dan boleh diterima semua lapisan masyarakat.
“Saya memulakan menjual dim sum yang sudah siap dikukus di medan selera disamping dapat memberi promosi kepada dim sum sejuk beku ditawarkan.
“Saya memulakan perniagaan di rumah sahaja untuk menghasilkan dim sum. Kini, Naim Dim Sum Frozen Food memiliki bengkel,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, antara dim sum yang diketengahkan berasaskan inti ayam dengan campuran bahan lain seperti daging lada hitam, udang, isi ketam, cendawan, sotong serta lada hitam.
“Setiap pembelian dim sum akan diberi sos percuma yang dihasilkan oleh saya dan menerima tempahan ke seluruh negara.
“Untuk tempahan, hubungi 011-234 37252 atau 013-447 2374 dan kunjungi Facebook, NAIM Dimsum Frozen FOOD n dan Instagram, naimdimsum,” katanya. – UTUSAN