Memulakan perniagaan perhiasan cincin suasa di kedai Medan Mara, Nur Syamimi Rosli, 32, mampu membuka tiga kedai emas di sekitar Pahang.
Nur Syamimi yang juga Sahabat AIM, berkata, dia bermula dengan modal RM3,000 mengambil emas secara dropship.
“Antara tarikan koleksi barang kemas yang diketengahkan, adalah tempahan rantai dan gelang ukiran mengikut permintaan pelanggan.
“Atas pengalaman dan minat pada barang perhiasan, saya memberanikan diri untuk membuka tiga kedai emas, Silver dan Emas Sadur, Kedai Emas Terpakai dan Kedai Emas 916,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, Mimiey D’ Jewels bermula dengan mengikut program ekspo dan kraftangan untuk pengenalan jenama serta tarikan pelanggan.
“Permintaan paling tinggi adalah daripada koleksi emas 916 atau perak.
“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook dan Instagram, Mimiey D’ Jewels atau hubungi 019 932 1145,” katanya.-UTUSAN