Dua rakyat warga Myanmar dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Dua rakyat warga Myanmar dikhuatiri lemas

USAHA mencari dan menyelamat dua rakyat warga Myammar yang dikhuatiri lemas di Pantai Dua, Batu 8, Telok Kemang, Port Dickson masih diteruskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua rakyat warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Dua, Batu 8, Telok Kemang di sini tengah hari tadi dan usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari memaklumkan terdapat dua orang dikhuatiri lemas di pantai tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa warga Myammar itu memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Butiran identiti mangsa dipercayai ialah Biak Lian berusia 38 tahun dan Van Lian Cung 26 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidi Sham, usaha mencari dan menyelamat mangsa telah dimulakan pada pukul 2 petang melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Namun, usaha mencari mengalami kesukaran akibat cuaca buruk dan laut bergelora. 

“Usaha mencari masih diteruskan lagi oleh agensi terlibat  bagaimanapun mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi JBPM, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Nazri Mohd. Nor berkata, kerja-kerja mencari sedang dijalankan secara surface searching kerana angin dan laut bergelora. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya