Coklat eksotik Sabah resipi Atilin - Utusan Malaysia

Coklat eksotik Sabah resipi Atilin

Antara produk coklat yang diusahakan Atilin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Coklat dihasilkan oleh Atilin Jamil, 41, menerusi jenama Sukulat’s memberikan keunikan bukan saja pada rasa tetapi penampilan pembungkusannya.

Menerusi jenama Sukulat’s, Atilin  memberi penekanan terhadap penggunaan inti daripada campuran kacang dan buah-buahan eksotik yang terdapat di Sabah. 

“Antara inti coklat yang digunakan adalah buah tarap dan bambangan selain digandingkan dengan rasa coklat yang mewah serta pelbagai salutan lain.

“Keunikan Sukulat’s juga terletak pada pembungkusannya yang boleh ditempah mengikut tema acara majlis, pelbagai bentuk, warna memikat hati pelanggan,” katanya, ketika hubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, jualan Sukulat’s turut mendapat tempat di pasar raya sekitar Sabah dan pelanggan dari Semenanjung. 

“Pelanggan juga boleh memilih sendiri cita rasa coklat berkualiti tinggi untuk dipadankan dengan kekacang, biskut atau inti. 

“Untuk tempahan, boleh hubungi 011-31533280,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya