BzBee Consult raih 4 anugerah MPRA - Utusan Malaysia

BzBee Consult raih 4 anugerah MPRA

Pengasas dan Pengarah Urusan, bzBee Consult Sdn. Bhd., Prof. Mohd Said Bani C.M. Din menerima Anugerah Emas untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis dengan kempen “Skim Pajakan Persendirian: Sebagai Alternatif dalam Pembangunan Hartanah – Baik atau Buruk?” daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perhubungan awam BzBee Consult Sdn. Bhd. (BzBee Consult) menang empat Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2021 anjuran  Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA).

Selepas hampir dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, anugerah edisi ke-13 itu dianjurkan secara  hibrid buat pertama kali. 

Kemenangan BzBee Consult membuktikan syarikat bumiputera mampu memecahkan dominasi industri perhubungan awam yang secara tradisinya dikuasai oleh syarikat multinasional dan syarikat bukan bumiputera.

Malah BzBee Consult merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang bersaing pada malam itu dan merangkul empat anugerah selain dipertanggungjawab sebagai penganjur bersama malam penganugerahan MPRA2021. 

Syarikat itu memenangi dua Anugerah Emas, iaitu  untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis dengan kempen “Skim Pajakan Persendirian: Sebagai Alternatif dalam Pembangunan Hartanah – Baik atau Buruk?” dan kedua, untuk kategori Hal Ehwal Awam bagi Cendana, dengan kempen “Membantu Industri Seni dan Budaya Akibat Impak Pandemik”. 

BzBee Consult juga menang Anugerah Perak untuk Kempen “Pandemic Pivot” atau “Komunikasi Covid-19” Terbaik – “Memposisi Pelancongan Sarawak: ‘Ke Sana Ke Sini’ – Penyesuaian Menghadapi Covid-19” dan Anugerah Gangsa untuk Kategori Agensi Terbaik dalam Mengadaptasi Cabaran Covid-19 – “Mengukuhkan Semangat Ukhwah Fillah – Pendekatan Komuniti dalam Adaptasi”. 

Pengasas dan Pengarah Urusan BzBee Consult, Prof. Mohd. Said Bani C.M. Din berkata, MPRA semakin mendapat pengiktirafan daripada lebih banyak organisasi dari sektor swasta mahupun awam. 

“Sokongan padu yang kami terima daripada penaja pada tahun ini jelas mencerminkan pengiktirafan ini, terutamanya daripada Iskandar Investment Berhad, AgroBank dan Telum Media masing-masing sebagai penaja Platinum, Emas dan Gangsa. 

“Saya benar-benar berharap organisasi ini akan terus memberi sokongan kepada profesion dan industri perhubungan awam. Saya juga berharap lebih banyak syarikat Bumiputera akan dapat diketengahkan dan mencapai kejayaan dalam industri ini,”  katanya.

MPRA 2021 turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah menerima “Anugerah Kepimpinan PRCA Malaysia” sebagai penghormatan dan pengiktirafan sumbangan dan peranan beliau yang amat proaktif, dalam komunikasi pandemik Covid-19. 

MPRA 2021 juga menyaksikan, penyanyi nombor satu tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang turut memberi sokongan kepada pengamal industri perhubungan awam melalui rakaman video. 

Siti Nurhaliza berkata, pengamal industri yang terbaik mesti diiktiraf atas prestasi dan pencapaian mereka. 

“Sumbangan mereka memberi inspirasi dan pencerahan kepada masyarakat. Mereka memastikan naratif yang betul dan tepat dikongsi dan mereka juga mempengaruhi persepsi dalam era yang serba mencabar ini,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya