Buka bengkel kuih tradisional - Utusan Malaysia

Buka bengkel kuih tradisional

Pemilik syarikat Salinan Enterprise, Toring @ Salinan Banang, menunjukkan aneka kuih muih tradisional masyarakat Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memulakan perusahaan secara kecil-kecilan, kini pengusaha makanan kering tradisional Sabah, Toring @ Salinan Banang, 57, tidak menjangkakan dirinya mampu membuka bengkel sendiri. 

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, perusahaan dimulakan sekitar 1997, bermodalkan RM20 untuk menghasilkan kerepek pisang dan ubi diambil dari kebun keluarga.

Menurut pemilik syarikat Salinan Enterprise itu, proses menghasilkan kuih-muih tradisional juga dibantu oleh pekerja dan peluang itu turut membolehkan dirinya berkongsi rezeki dengan wanita lain. 

“Bermula dari jualan kerepek pisang dan ubi, dengan menggunakan modal pinjaman AIM, saya mengembangkan perniagaan dengan membuat kuih muih tradisional tempatan.

“Lebih 10 jenis kuih muih tradisional dapat dihasilkan oleh bengkel saya antaranya kuih cincin, baulu, kuih sepit, kacang tapok dan banyak lagi,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, boleh hubungi 019-8046505. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya