PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan penangguhan ansuran bulanan termasuk kemudahan pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dan kad kredit untuk pelanggan yang terkesan banjir.
BSN dalam satu kenyataan berkata, bantuan ini boleh dimohon melalui e-mel [email protected].
“Selain itu, pengecualian caj diberikan untuk perkhidmatan penggantian kad debit dan kad kredit BSN yang hilang atau rosak semasa banjir.
“BSN menasihati para pelanggan untuk sentiasa menyemak notis pemberitahuan penutupan cawangan BSN akibat banjir yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, BSN pembiayaan sehingga RM5,000 pada kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
Menurutnya, permohonan ini akan dibuka bermula 27 Disember ini secara dalam talian dan proses permohonan akan dimaklumkan sebelum tarikh tersebut.-UTUSAN ONLINE