BN Selangor pernah mulakan projek tebatan banjir skala besar, tapi dibatal PH - Najib - Utusan Malaysia

BN Selangor pernah mulakan projek tebatan banjir skala besar, tapi dibatal PH – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor pada sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala amat besar, namun, dibatalkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri tersebut. 

Beliau berkata, projek yang dinamakan Canal City itu sudah diberi peruntukan RM3 bilion pada tahun 2007. 

Katanya, lokasi projek tersebut adalah ke selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Seri Muda dan Kota Kemuning.

“Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 kilometer (km) merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak. Beberapa terusan sekundar juga akan dibina.

“Selain itu, ia juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar seperti Hybrid off River Augmentation System (HORAS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor

“Jika terusan air ini (dilaksanakan), ia dapat mengurangkan risiko banjir disamping dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun saya rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Menurut ahli Parlimen Pekan itu, projek tersebut telah mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu mengambil alih Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

“Lalu projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ia tidak memberi manfaat besar bagi Selangor. 

“Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah giler kepada developer dua minggu sebelum PRU-13,” katanya yang turut menyertakan link berita berkenaan projek tersebut pada hantaran itu.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya