Bilik gerakan termasuk di IPT diaktifkan - Noraini - Utusan Malaysia

Bilik gerakan termasuk di IPT diaktifkan – Noraini

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara terutamanya di kawasan yang terjejas banjir besar sudah pun mengaktifkan bilik gerakan masing-masing.

Malah, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengesahkan bahawa bilik gerakan di peringkat kementerian tersebut turut diaktifkan bagi menyelaraskan semua IPT.

“Bantuan juga telah dihantar ke kawasan terlibat, bahkan, malam tadi, saya sendiri sempat turun dan meninjau keadaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Debat Diraja Antara IPT 2021 anjuran kementerian itu dengan Majlis Debat Universiti Malaysia di sini hari ini.

Pertandingan bahas ala Parlimen Asia edisi ke-22 itu dihoskan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Utusan Malaysia dan Kosmo! merupakan akhbar rasmi dalam pertandingan yang melibatkan 42 pasukan daripada 23 IPT serta dibahagikan kepada kategori bahasa Melayu dan Inggeris.

Mengulas lanjut, Noraini turut menceritakan pengalaman dirinya kemudian berpeluang meninjau situasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam yang turut disertai Yayasan Sukarelawan Siswa serta pasukan khas ResQ dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pada masa sama, beliau terharu kumpulan sukarelawan dan enam IPT awam juga ‘turun padang’ di samping pertubuhan bukan kerajaan lain yang menjadi antara pasukan terawal datang sekali gus menunjukkan keprihatinan sebagai warga kementerian sentiasa bersedia membantu Keluarga Malaysia ketika dalam saat kesukaran.

Sebagai tanda solidariti dan kecaknaan, beliau menyeru masyarakat awam agar dapat terus membantu serta memberikan sumbangan khususnya kepada warga IPT yang terkesan teruk.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan takziah ke atas semua mangsa yang terkesan dengan musibah banjir besar melanda negara kita,” tambah Norani. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya