PETALING JAYA: Bencana yang melanda negara bertimpa-timpa dalam satu masa menyebabkan keberkesanan operasi menyelamat yang dijalankan oleh anggota bomba sedikit terganggu. Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jika sebelum ini beberapa jentera dapat digerakkan dalam masa lima ke 10 minit namun disebabkan berlakunya banjir, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya, ia sedikit mengganggu kecekapan anggota bomba. “Kita sentiasa memastikan pengagihan operasi dapat digerak cuma kita minta rakyat faham dengan situasi berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam. Dalam pada itu beliau menafikan dakwaan sukarelawan dan orang awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya