Belacan Bintulu yang dikeluarkan Monanie Family Enterprise, menjadi ‘rebutan’ pelancong terutama dari Semenanjung untuk dibawa pulang apabila berkunjung ke Sarawak.
Pemilik syarikat Monanie Family Enterprise, Razuna Kiprawi, 51, berkata, keistimewaan belacan itu terletak pada rasanya yang enak.
“Aroma belacan yang unik ini terhasil daripada penggunaan udang geragau asli dari Bintulu.
“Saya mula menceburi bidang ini sekitar 1998 bermodalkan RM50 untuk menghasilkan belacan palas Bintulu dengan kaedah tradisional,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Razuna yang juga Sahabat Amanah tiar Malaysia (AIM), berkata, rasa belacan Bintulu lebih sedap dan aromanya lebih harum kerana bahannya segar.
“Belacan Bintulu di bawah jenama Katanya, Monanie ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya kuib, bulat dan serbuk.
“Saya turut mengusahakan 18 produk makanan kering seperti keropok ikan sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.
Untuk tempahan produk, anda boleh kunjungi Facebook, Ruzana Kiprawi atau hubungi talian 011-1402 8670. – UTUSAN