Bekalan permaidani habis akibat banjir - Utusan Malaysia

Bekalan permaidani habis akibat banjir

AHMAD Ridzwan Yahya sedang melihat permaidani yang rosak ditenggelami air di Pusat Tahfiz Baitul Al Quran Aishah Humairah Batu 12 Jalan Kapar di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Stok permaidani yang dijual di sekitar daerah ini dan tempat lain dilaporkan kehabisan selepas menerima banyak tempahan daripada pelbagai negeri susulan banjir besar yang melanda pada sejak Sabtu lalu.

Menurut aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Maulid Ad Dibaei, Ahmad Ridzwan Yahya, bekalan itu disedari habis ketika hendak membuat sumbangan kepada masjid dan pusat tahfiz yang terjejas di sekitar daerah ini.

“Dua hari ini saya dan beberapa ahli NGO bersama ahli kariah giat membersihkan masjid dan pusat tahfiz kemudian menyedari permaidaninya yang rosak akibat banjir perlu diganti, namun kehabisan stok kerana pembekalnya turut menerima tempahan dari Pahang.

“Buat masa ini, apa yang kita mampu buat adalah sekadar membersihkan kesan banjir di sana dan menunggu stok permaidani baharu masuk pada minggu hadapan seperti dimaklumkan pembekal,,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Baitul Al Quran Aishah Humairah Batu 12 Jalan Kapar hari ini.

Terdahulu, banjir besar sejak Jumaat minggu lalu menyebabkan kawasan Meru, Kapar di sini ditenggelami air lebih dua meter.

Setelah banjir surut kawasan beberapa kelengkapan termasuk perabot, alat bantu mengajar dan peralatan elektrik di masjid dan pusat tahfiz turut rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

Ahmad Ridzwan menambah, para pelajar ketika bencana tersebut berlaku diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) berhampiran.

“Buat masa ini kita tunggu sehingga kelengkapan seperti permaidani dan lain-lain sampai untuk disalurkan kepada masjid dan pusat tahfiz ini.

“Ujian banjir ini mengajar kita untuk bersatu dalam bantu membantu. Apa yang pihak kami lakukan bagi memastikan institusi masjid dan pusat tahfiz terus subur dan diimarahkan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya